As we grow older together, As we continue to change with age, There is one thing that will never change… I will always keep falling in love with you.
Karen Clodfelder
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia atau dengan nama singkatannya PKBM merupakan salah satu unit badan beruniform yang ditawarkan kepada para pelajar sekolah menengah diMalaysia. Program ini dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pelajaran Malaysia) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia. Para pelajar yang terlibat di dalam program ini akan diajar latihan asas ketenteraan seperti kawad kaki, merempuh halangan dan teknik-teknik asas penggunaan dan pengendalian senjata api (biasanya menggunakan raifal Colt M-16A2). Penubuhan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia bermula dengan tertubuhnya Ordinan Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1952 (No. 46). Ordinan ini kemudian digantikan dengan Akta Kadet Bersatu Malaysia 1967 (Akta 68). Akta 68 kemudian telah disemak dan dikuatkuasakan bermula pada 28 Disember, 1989. Akta ini dikenali sebagai Akta Kadet Bersatu Malaysia 1967 (semakan - Akta 147). Berdasarkan akta ini, Menteri Pendidikan Malaysia dengan persetujuan Majlis Angkatan Tentera (MAT) diberi kuasa untuk menentukan kaedah-kaedah berhubung dengan: Selain itu, akta ini juga membenarkan Majlis Angkatan Tentera untuk membuat perintah-perintah tetap atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah berhubung dengan pengelolaan, pentadbiran dan latihan menyeluruh pasukan, khususnya berkenaan perkara-perkara berikut:Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
[sunting]Sejarah
Source: http
Page 1 of 2